DEFINISI PERKAKASAN KOMPUTER
Perkakasan komputer merujuk kepada bahagian-bahagian yang
membentuk komputer yang lengkap. Perkakasan komputer juga dikenali sebagai
peranti (device).
Istilah perkakasan atau peranti merujuk kepada keseluruhan
peralatan fizikal pada sebuah komputer, manakala perisian (software)
menyediakan arahan kepada perkakasan untuk melaksanakan kerja komputer.
Kadangkala perbezaan perkakasan (hardware) dengan perisian agak kabur, terutama
apabila merujuk kepada perisian tegar (firmware). Perisian tegar ialah perisian
yang dipasang ke dalam perkakasan, ia amat jarang perlu diubah dan oleh itu
biasanya disimpan dalam ingatan baca sahaja (ROM).
Kebanyakan perkakasan komputer tidak dapat dilihat oleh
pengguna biasa. Ia merupakan sebahagian dari sistem terbenam yang digunakan
dalam kenderaan, ketuhar gelombang mikro, mesin elektrokardiograf, pemain
cakera padat dan banyak lagi. Komputer peribadi, perkakas yang paling biasa
pada kebanyakan orang, merupakan cuma sebahagian kecil perkakasan komputer
(kira-kira 0.2% dari semua komputer baru pada 2003).
No comments:
Post a Comment