ISI KANDUNGAN(SOALAN)

Jenis-jenis kemalangan yang sering berlaku semasa melakukan pemasangan perkakasan komputer




Kejutan Elektrik 

1) Kejutan elektrik berlaku disebabkan oleh pengaliran arus elektrik dengan kadar tertentu ke dalam tubuh mangsa secara tidak sengaja.

2) Punca Kejutan Elektrik

  • Penebatan yang kurang baik. 
  • Pembumian yang kurang sempurna atau menggunakan pemutus litar arus baki yang rosak. 
  • Kerosakan perkakas elektrik.
                                                                    
KEBAKARAN ELEKTRIK

       Litar pintas akibat dari retakan penebat kabel.
       Lebihan beban aliran kuasa
       Pemanasan setempat pada terminal disebabkan sambungan yang longgar.
       Pemasangan yang salah iaitu dari segi penggunaan saiz wayar dan fius.
       Kebocoran arus elektrik disebabkan oleh kerosakan kabel atau penebat.



KECEDERAAN DISEBABKAN PERALATAN

       Jaga kebersihan makmal dan gunakan terminal yang telah ditetapkan.
       Pastikan semua suiz telah dimatikan sebelum keluar dari makmal komputer
       Sentiasa periksa peralatan sebelum memulakan kerja dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.
       Sentiasa menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan selamat.


LANGKAH - LANGKAH KESELAMATAN!!!!!

       Alat/bahan mudah terbakar tidak dibawa ke makmal.
       Amal matikan suis elektrik apabila selesai menggunakannya.
       Tidak menyalahgunakan alat pemadam kebakaran.
                            Laporkan kepada pihak bertanggungjawab jika ada kerosakan pada  alatan elektrik       



CAS ELEKTROSTATIK       


~ELEKTROSTATIK


       Terhasil oleh cas elektrik yang terperangkap di dalam penebat.
       Cas-cas ini mempunyai voltan yang tinggi tetapi arus yang rendah.
       Kesan elektrostatik ini akan menyebabkan kejutan dan boleh mnyebabkan kerosakan
                             pada komponen elektronik.


KAEDAH PENCEGAHAN CAS ELEKTROSTATIK

Kaedah terbaik untuk mencegah ESD adalah dengan menggunakan ESD tali pergelangan tangan , pembumian tikar , atau pembumian meja kerja. Contoh lain seperti beg antistatik, penyembur antistatik dan lantai antistatik.
  • ESD TALI PERGELANGAN TANGAN


Juga di sebut tali antistatic, ia adalah gelang yang dipakai dipergelangan tangan yang mempunyai wayar yang bersambung antara gelang dan klip untuk dikepilkan pada computer.
ia memastikan pengguna sentiasa dibumikan bagi mengelakkan cas elektrostatik yang ada terkena pada peranti yang sensitif dan boleh merosakkan peranti terbabit
  • ESD PEMBUMIAN TIKAR/MAT



Juga dikenali sebagai tikar antistatic, tikar meja atau tikar lantai berfungsi mengurangkan risiko terkena renjatan cas elektrostatik semasa bekerja pada computer atau peranti yang sensitif dengan cas elektrostatik.
  • BEG ANTISTATIK


Antistatik beg merupakan sejenis beg khas yang dihasilkan bagi mengelakkan kehadiran cas elektrostatik didalamnya.
Digunakan untuk meletakkan peranti yang sensitif dan mudah rosak akibat kewujudan cas elektrostatik.
  • SEMBURAN ANTISTATIK
Penyembur antistatic adalah sejenis penyembur cecair yang digunakan untuk menghilangkan cas elektrostatik dan menghalang dari cas tersebut terhasil.
Hanya sebahagian perkakasan sahaja yang boleh digunakan.


Jenis Peralatan & Fungsi Peralatan Yang Digunakan Di Dalam Pemasangan Perkakasan Komputer


1. ESD(ELECTRO STATIC DISCHARGE)

  • Electro Static Discharge atau sering disebut dengan ESD berlaku kerana adanya pemindahan arus (charge transfer) dari satu benda ke benda lain. Contact (Penyentuhan) dan Separation (pemisahan) adalah penyebab terjadinya pemindahan arus (charge) tersebut.

2.PEMUTAR SKRU
  • Peralatan utama dalam proses memasang dan meleraikan perkakasan komputer.
    Bagi komputer peribadi, pemutar skru yang digunakan bersaiz sederhana dan jenis (+).
    Pemutar skru saiz kecil dan jenis (+) sesuai digunakan bagi pemasangan komputer riba (laptop). Ini kerana skru yang digunakan adalah kecil dan berkedudukan yang sukar serta sempit.
3.PLAYAR MUNCUNG TIRUS

  • Digunakan bagi mencapai kabel atau skru pada kedudukan yang sukar dicapai.
  • Bentuk muncung yang runcing memudahkan ia mencapai pada celahan dalam komputer dan laptop.
  • Juga boleh digunakan bagi mengikat kabel atau menanggalkan perkakasan yang sukar dilakukan dengan tangan.

4.PENYEPIT

  • Digunakan bagi menanggalkan ‘jumper’ pada papan induk dan cakera keras.
  • Mencapai komponen yang kecil dalam komputer.
  • Mengelakkan komponen rosak akibat dari tangan pengguna yang basah.

Masalah Yang Biasa Terjadi Ketika Pemasangan Komputer
A) Komputer Tidak Menyala

Masalah Gangguan Bekalan Kuasa
Jika anda selalu mengalami gangguan kuasa dan masalah voltan secara tiba-tiba, ia boleh menyebabkan kerosakan teknikal yang turut menyebabkan kerosakan perkakasan dan kehilangan data. Jangan ambil mudah jika ia selalu berlaku.

Cara Penyelesaian
Gunakan Uninterruptible Power Supply (UPS) yang akan menyediakan aliran tenaga kuasa berterusan kepada komputer walaupun menghadapi gangguan kuasa secara tiba-tiba. Ia akan menyediakan anda masa yang mencukupi untuk menyimpan data dan menutup komputer.

B) Kegagalan Proses Boot

Masalah Tidak Dapat Masuk Windows
Jika anda masih dapat boot dalam Safe Mode (F8 pada start-up) masalah ini mungkin berkaitan dengan perisian dan bukannya perkakasan.

Cara Penyelesaian
Cuba menggunakan system restore jika anda berada dalam Safe Mode atau memulihkan (recovery) untuk kembali pada tarikh sebelumnya. Jika anda tidak dapat boot ke Safe Mode, cuba boot ke dalam komputer dalam mod Repair my computer untuk memperbaiki masalah isu start-up tersebut.



No comments:

Post a Comment